Tuesday, 26 March 2013

Malam media bersama Hospital Regency Seri Alam


Hospital Regency Seri Alam telah menganjurkan Malam Media bagi meraikan warga media massa di negeri ini di Sangkar Kristal, Johor Bahru pada 28 Februari lalu.

Majlis tersebut lain daripada biasa apabila wakil media diberikan pendedahan mengenai kesihatan dan rawatan kecemasan dengan pendekatan yang santai.

Sebelum menjamu selera, hadirin diberi penerangan ringkas oleh Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Regency, Chin Wei Jia sebelum penyampaian taklimat oleh beberapa doktor pakar hospital tersebut dan demonstrasi cara yang betul dalam memberikan pertolongan cemas oleh pakar kecemasan, Dr. Patrick Cheah Wei Chen.

Makan malam tersebut diadakan bertujuan menjalin hubungan yang lebih rapat dengan pihak media sempena sambutan ulang tahun ketiga Hospital Regency beroperasi di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.

 
Pendaftaran rakan-rakan media

Wakil Presiden Kelab Media Johor, Raja Jaafar Ali 
menyampaikan ucaptama

Penerangan ringkas dari 
Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Regency, Chin Wei Jia


Antara aktiviti-aktiviti sepanjang Malam Media tersebut..








No comments:

Post a Comment