Majlis tersebut lain daripada biasa apabila wakil media diberikan pendedahan mengenai kesihatan dan rawatan kecemasan dengan pendekatan yang santai.
Sebelum menjamu selera, hadirin diberi penerangan ringkas oleh Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Regency, Chin Wei Jia sebelum penyampaian taklimat oleh beberapa doktor pakar hospital tersebut dan demonstrasi cara yang betul dalam memberikan pertolongan cemas oleh pakar kecemasan, Dr. Patrick Cheah Wei Chen.
Makan malam tersebut diadakan bertujuan menjalin hubungan yang lebih rapat dengan pihak media sempena sambutan ulang tahun ketiga Hospital Regency beroperasi di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.
Pendaftaran rakan-rakan media
Wakil Presiden Kelab Media Johor, Raja Jaafar Ali
menyampaikan ucaptama
Penerangan ringkas dari
Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Regency,
Chin Wei Jia
Antara aktiviti-aktiviti sepanjang Malam Media tersebut..