Presiden KMJ, Mohamad Fauzi Ishak berkata, kesemua penutup hidung dan mulut itu diagihkan berikutan keadaan semasa negara termasuklah negeri ini, yang dilanda jerebu sejak beberapa minggu lalu.
Menurutnya, pihak kelab lebih menitik beratkan langkah keselamatan di kalangan masyarakat khususnya kanak-kanak sekolah sekali gus membawa kepada penganjuran inisiatif berkenaan.
"Atas rasa prihatin kepada masyarakat sekeliling, warga KMJ memilih untuk hadir ke SK Kompleks Uda bagi mengedarkan penutup hidung dan mulut kepada murid dan warga pendidik.
"Ia juga usaha KMJ membantu pihak berkaitan menyediakan langkah penjagaan kesihatan kepada golongan sasaran. Kami berharap usaha kecil ini dapat memberi manfaat kepada pihak masyarakat," katanya.
"Ia juga usaha KMJ membantu pihak berkaitan menyediakan langkah penjagaan kesihatan kepada golongan sasaran. Kami berharap usaha kecil ini dapat memberi manfaat kepada pihak masyarakat," katanya.
Mohamad Fauzi berkata, ibu bapa diajak untuk lebih peka dalam mengawasi anak masing-masing, sekali gus tidak dibiarkan mereka bebas bermain atau menjalankan aktiviti di luar rumah.
Selain itu, katanya, orang ramai yang berisiko tinggi kerana terdedah kepada udara luar juga dinasihat untuk membiasakan diri dengan memakai penutup hidung dan mulut.
"Ini tanggungjawab kami kepada orang ramai khususnya di negeri ini. Tugas kami selaku pengamal media bukan sekadar melaporkan berita sahaja, sebaliknya kami juga mempunyai peranan kepada masyarakat," katanya.

Hadir sama, Guru Besar SK Kompleks Uda, Sari'at Mokmin.