Tuesday, 14 July 2015
YB Vidyananthan Sumbang Kerusi Roda Kepada KMJ
Kelab Media Johor (KMJ) menerima sumbangan berupa tiga unit kerusi roda daripada Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, R Vidyananthan.
Sumbangan berkenaan disampaikan sendiri oleh ADUN Kahang itu sendiri pada satu Majlis Berbuka Puasa bersama pengamal media negeri ini, di sini kelmarin.
Hadir menerima kesemua sumbangan berkenaan adalah Timbalan Presiden I KMJ, Raja Jaafar Raja Ali yang mewakili Presiden KMJ, Mohamad Fauzi Ishak.
Raja Jaafar berkata, pihak kelab mengucapkan terima kasih di atas sumbangan kerusi roda berkenaan yang akan disampaikan kepada penerima sewajarnya.
"KMJ hari ini, menerima sumbangan dari Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia negeri untuk diserahkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
"Kita akan mengenalpasti tiga penerima terdiri daripada Melayu, Cina dan India untuk menerima sumbangan daripada Yang Berhormat (YB) R Vidyanathan ini," katanya di sini semalam.
Raja Jaafar berkata, sumbangan kerusi roda yang bakal diserahkan dalam masa terdekat kepada golongan memerlukan itu diharap dapat meringankan beban penerima dan keluarga.
Sementara itu, Vidyananthan dalam ucapan ringkasnya berkata, majlis berbuka puasa itu diadakan bagi mengeratkan lagi hubungannya selaku wakil rakyat dengan pengamal media di negeri ini.
"Selama saya bergelar seorang wakil rakyat, pengamal media di Johor banyak membantu dengan memberi liputan terhadap setiap gerak kerja saya.
"Jadi majlis berbuka puasa ini merupakan salah satu cara saya mengucapkan terima kasih kepada pengamal media di Johor.
"Saya berharap hubungan sedia terjalin akan terus kukuh di masa-masa akan datang," katanya.
Monday, 6 July 2015
Singgah Sahur Kelab Media Johor
Kelab Media Johor (KMJ) buat julung kalinya menganjurkan program Singgah Sahur sempena kehadiran bulan Ramadan kali ini.
Sebanyak 10 buah kereta melibatkan lebih 20 ahli KMJ berkonvoi menuju ke tiga destinasi yang dipilih bagi mengagihkan sajian sahur iaitu Nasi Berlauk dan KFC sumbangan Johor Corporation (JCorp).
Tiga destinasi yang dikunjungi merupakan Plaza Tol Skudai (PLUS); Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru serta Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.
Antara organisasi media yang terlibat adalah Sinar Harian, RTM, Astro
Awani, TV Alhijrah, Berita Harian, The Star, Kosmo!, Utusan Malaysia,
Harian Metro, NSTP, TV3, Bernama serta Unit Media dan Komunikasi Pejabat
Menteri Besar Johor (MedKom).
Presiden KMJ, Mohamad Fauzi Ishak berkata, program Singgah Sahur itu diadakan bagi mencipta kelainan aktiviti yang dianjurkan oleh pihaknya ketika bulan Ramadan.
Presiden KMJ, Mohamad Fauzi Ishak berkata, program Singgah Sahur itu diadakan bagi mencipta kelainan aktiviti yang dianjurkan oleh pihaknya ketika bulan Ramadan.
Subscribe to:
Posts (Atom)