Sunday, 24 February 2013

KMJ tewaskan Utusan / Kosmo

 Ketua Biro Utusan Malaysia Johor, Luqman Haziq (jersi biru) 
menerima cenderahati dari Kelab Media Johor

Pasukan Kelab Media Johor (KMJ) berjaya menumpaskan pasukan Utusan
Malaysia/Kosmo! 2-1pada perlawanan persahabatan futsal yang
berlangsung di Kompleks Rohaizat, Taman Daya, Johor Bahru pada 20
Februari lalu.

Perlawanan yang penuh dengan semangat kesukanan itu diadakan bagi
mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara ahli kelab dan
kakitangan Utusan Malaysia serta Kosmo!.

Dalam perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan beraksi dengan cemerlang
namun tuah lebih menyebelahi pasukan KMJ.

Selesai pertandingan, kesemua peserta turut dijamu dengan jamuan
ringan yang disediakan oleh pihak penganjur.

Gambar : sepanjang aksi perlawanan.














Friday, 22 February 2013

Mohamad Fikri juara Media Snooker Challenge 2013


  Aktiviti sukan Kelab Media Johor (KMJ) bagi 2013 dimulakan dengan Media
Snooker Challange yang berlangsung di Holiday Plaza Snooker Centre,
Johor Bahru 8 Februari lalu.

  Seramai 16 ahli kelab menyertai pertandingan yang turut menawarkan
hadiah keseluruhan bernilai RM900 beserta piala.

  Timbalan Ketua Biro Utusan Malaysia Johor, Mohamad Fikri Rosly muncul
juara selepas menewaskan Presiden KMJ, Mohamad Fauzi Ishak pada
pusingan akhir.

  Mohamad Fauzi memberitahu, pertandingan snuker yang julung kali
diadakan itu diharap dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim
di kalangan ahli KMJ.

  Katanya, KMJ akan menganjurkan lebih banyak aktiviti sukan sepanjang
tahun ini antaranya pertandingan badminton, bowling dan futsal.

Juara: Mohd Fikri Rosly (kiri) selepas menewaskan Fauzi Ishak pada pusingan akhir


   Rakan media yang menyertai pertandingan Media Snooker Challenge 2013

Sunday, 17 February 2013

Warga emas terima sumbangan KMJ

  Kelab Media Johor bersama Ahli Dewan Undangan Negeri
(Adun) Johor Jaya, Tan Cher Puk berkesempatan menghulurkan sumbangan
kepada seorang warga emas yang menyambut Tahun Baru Cina baru-baru
ini.

  Kira-kira 20 ahli kelab turut hadir dalam majlis ringkas yang diadakan
di rumah Tee Choon Hwe, 74, di Taman Johor Jaya pada 7 Februari lalu.

   Presiden kelab, Mohamad Fauzi Ishak memberitahu, sumbangan tersebut
merupakan sebahagian aktiviti khidmat sosial kelab dalam membantu
golongan yang memerlukan.

  Katanya, program seumpama itu akan diteruskan pada masa akan datang
memandangkan ia dilihat banyak memberi manfaat selain dapat
mendekatkan lagi ahli kelab dengan masyarakat.


Kelab Media Johor prihatin

  Wartawan dan jurukamera Evergreen IPTV, Tan King Huat,
64, selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Sultanah
Aminah (HSA) baru-baru ini.

  Beberapa ahli jawatankuasa Kelab Media Johor turut berkesempatan
melawat King Huat yang lebih mesra disapa 'Uncle' pada 7 Februari
lalu.

  Dalam pertemuan penuh mesra selama kira-kira setengah jam itu, kelab
turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada King Huat.

  Menurut King Huat, dia kini terpaksa berehat selama beberapa bulan
bagi memastikan keadaan kesihatannya pulih sepenuhnya.

                                   King Huat menerima sumbangan dari Kelab Media Johor

Friday, 15 February 2013

AGM Kelab Media Johor

  Pada 23 januari lalu satu Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Media Johor telah diadakan di Dewan Bankuet Sangkar Kristal, Johor Bahru.

 Pada Mesyuarat Agung Tahunan tersebut, seramai 86 ahli hadir dan mengundi dalam pemilihan ahli jawatankuasa baru untuk penggal 2013/2014.

  Kelab yang ditubuhkan sejak 1995 itu mempunyai seramai 131 ahli berdaftar yang bertugas sebagai Wartawan, Juruhebah Radio, Jurufoto dan Jurukamera di Negeri Johor.

  Pada majlis itu, Presiden Kelab Media Johor bagi penggal 2011/2012, Fauzi Ishak sekali lagi dicalonkan dan menang tanpa bertanding untuk jawatan berkenaan.

 Mengenai perancangan kelab itu pada masa depan, Fauzi berkata, buat masa ini, beliau dan ahli jawatankuasa yang dilantik pada majlis itu akan meneruskan usaha untuk mendapatkan rumah kelab yang baru.

Katanya, pihaknya telah mendapat kelulusan dari Datuk Bandar bagi menyewa sebuah rumah di Laman Tasik Merdeka pada kadar harga yang berpatutan untuk dijadikan 'media centre' untuk ahli kelab.

  Rumah lot kedai dua tingkat itu juga akan dilengkapi WiFi, komputer desktop, Tv dan Astro serta pelbagai lagi kemudahan lain untuk kemudahan ahli kelab.

  Selain pelbagai jamuan yang disediakan, ahli-ahli yang hadir turut menerima cenderahati berupa barangan farmasi bernilai RM100 yang ditaja oleh CCM Pharmaceuticals.

  Berikut adalah senarai lantikan baru ahli jawatankuasa Kelab Media Johor bagi Penggal 2013/2014..
  • Presiden - Mohd Fauzi Ishak (Astro Awani)
  • Naib Presiden 1 - Raja Jaafar Raja Ali (Utusan Malaysia)
  • Naib Presiden 2 - Rizar Mohd Noor (Berita Harian)
  • Setiausaha - Surahati Hassan (RTM)
  • Bendahari - Noor Shamsiah Mohamad (Bernama)
  • AJK  - Thomas Yong (Oriental Daily), K. Valluvan (Nanban), Shahrul Hassan (Astro Awani), Azizi Majid (Utusan Malaysia), Zulkarnain Akil (MedKom), Shumali Sanusi (RTM), Mohd Salleh Ali (Bernama), Lauren Yee Xiang Yun (The Star), Farhan Shah Nazaruddin (The Star) dan Junita Mat Rasid (Berita Harian).





                                   Barisan AJK Kelab Media Johor bagi tahun 2013/2014

                                 Rakan media yang menghadiri AGM Kelab Media Johor                             


                                Presiden Kelab Media Johor menyampaikan ucaptamanya 

                          Shumali Sanusi & Lauren Yee Xiang Yun menguruskan pendaftaran

                                                Antara rakan-rakan dari akhbar Cina  



Lain-lain gambar boleh dilihat di laman facebook Kelab Media Johor : http://www.facebook.com/pages/Kelab-Media-Johor/154887977910255?ref=ts&fref=ts